Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026, Kausar Global dengan kerjasama MyCare telah menganjurkan program “Shopping Raya Bersama Asnaf” sebagai usaha untuk berkongsi kegembiraan dan keceriaan Syawal bersama golongan yang memerlukan.
Program ini memberi peluang kepada para asnaf membuat persiapan menyambut Hari Raya, di samping mengeratkan hubungan serta memupuk semangat keprihatinan dan kebersamaan dalam komuniti.
Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kegembiraan buat semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri!




